BANYAK kereta moden hadir bersama rim aloi yang meningkatkan imej kenderaan supaya nampak lebih cantik. Ada pelbagai pilihan rim aloi di Malaysia dan ini adalah penerangan tentang baik buruk menggunakan rim aloi.

Apa Itu Aloi

  • Aloi tercipta dengan campuran sekurang-kurangnya dua jenis logam. Campuran ini akan menggabungkan kelebihan setiap logam.
  • Formula campuran untuk menghasilkan aloi membabitkan aluminium dicampur dengan magnesium, nikel atau logam lain.

Kelebihan Rim Aloi

  • Ringan: Jauh lebih ringan berbanding rim besi atau keluli. Ini boleh bantu ringankan tekanan pada sistem suspensi (absober).
  • Cengkaman: Bantu tingkatkan grip dan memudahkan kawalan kereta dengan tayar sesuai.
  • Jimat minyak: Dapat bantu kurang penggunaan minyak petrol atau diesel.
  • Pindah haba: Rim aloi ada kelebihan memindahkan haba yang terhasil sebab brek.
  • Alir udara masuk: Desain rim aloi bantu mengalir masuk udara sejuk untuk menolak keluar haba panas dari ruang roda.
  • Bantu sistem brek: Aliran udara sejuk masuk bantu mengurangkan suhu panas pada set brek dan mengelakkan sistem brek gagal sebab terlalu panas.
  • Desain cantik: Rim aloi memang jauh lebih cantik berbanding rim besi standard kilang.
  • Kalis hakisan: Banyak rim aloi (tapi bukan semua) ada sifat kalis hakisan. Ciri ini memang faktor penting kalau anda tinggal dekat kawasan pantai.

Kekurangan Rim Aloi

  • Daya tahan: Masalah paling utama rim aloi. Kurang daya ketahanan berbanding rim besi atau keluli.  Risiko tinggi retak dan bengkok.
  • Mudah calar: Geseran boleh meninggalkan kesan calar yang boleh menjejaskan kecantikan rim.
  • Sukar dibaiki: Jika mahu baik pulih struktur rim, ia perlu menjalani pelbagai proses kompleks.
  • Harga mahal: Selain lebih sukar dibaiki, rim aloi juga lebih mahal. Jika beli rim tiruan, memang ada yang murah tapi meningkatkan lagi risiko kemalangan.

BACA –> Cara Tukar Saiz Tayar dan Rim
BACA –> Ini Cara Tepat Selaras Cermin Sisi Kereta

Ini Kelebihan dan Kekurangan Guna Sport Rim Aloi

Leave a Reply