
Ini Cara Tepat Selaras Cermin Sisi Kereta
Ini Cara Lebih Tepat Untuk Selaras Kedudukan Cermin Sisi
Ramai orang masih mencari cara yang tepat untuk menetapkan atau selaras cermin sisi kereta untuk mendapat sudut penglihatan lebih luas semasa memandu. Di sini, ada satu teknik yang mungkin jawapan anda cari. Ini nasihat golongan pakar Persatuan Jurutera Automotif (Society of Automotive Engineers – SAE).
Cara SAE agak berbeza dengan cara kebanyakan pemandu kereta di Malaysia. Orang kita lebih suka selaras cermin sisi dengan melihat sebahagian badan kereta. Mungkin mahu dapat penglihatan sehingga ke bahagian belakang bonet. Contoh seperti gambar bawah ini:
Cara ini bukan salah tetapi akan meluaskan lagi kawasan titik buta (blind spot) di sekeliling kereta anda. Blind spot ialah ruang atau kawasan yang anda tak nampak.
Ada dua gambar di bawah ini menunjukkan perbezaan cara cermin sisi di selaras:
- Gambar A (atas sekali) : Menunjukkan ruang blind spot lebih tinggi berbanding Gambar B kerana cermin sisi di hala lebih ke dalam untuk menampakkan badan kenderaan sendiri.
- Gambar B (gambar kedua) : Mengurangkan zon titik buta dan menunjukkan kepada pemandu bahawa ada kenderaan lain dekat dengannya.
Di bawah ini pula ialah gambar dan video menunjukkan paparan sudut menyeluruh dengan kedua-dua cermin sisi kereta diselaras mengikut cara SAE dan dibantu cermin belakang (dalam kabin kereta).
BACA –> Cara Tukar Saiz Tayar dan Rim
BACA –> Ini Kelebihan dan Kekurangan Guna Sport Rim Aloi
Ini Video Tutorial Cara Selaras Cermin Sisi SAE
Kredit: Learn Driving / AutoDeal
2 thoughts on “Ini Cara Tepat Selaras Cermin Sisi Kereta”