Teddy Bear Berharga RM160,000, Lebih Mahal Dari Honda Civic 1.5L RS!

AGAK mengejutkan tetapi memang ada patung beruang (teddy bear) dijual di Malaysia dengan harga RM10,000, RM50,000 dan RM100,000. Jika digabungkan harga ketiga-tiga anak patung itu, harganya lebih mahal dari kereta sedan Honda Civic 1.5L Turbo RS di Malaysia.

Civic RS versi petrol turbo ditawarkan pada harga asasĀ RM150,700. Namun, bukan semua orang peminat Honda dan ada yang lebih suka anak patung. Teddy bear ini ialah Meddy Teddy dan dicipta sebagai peneman orang dewasa atau kanak-kanak untuk melakukan aktiviti senaman yoga.

Menariknya, teddy bear ini ada frem dalam badannya yang berfungsi macam tulang dalam badan manusia. Anda boleh membentuk Meddy Teddy dalam posisi sama ada membongkok, berdiri selain mengangkat tangannya.

Tujuannya untuk memudahkan anda mengajar orang belajar yoga. Tiga teddy bear itu nampaknya lengkap dengan baju sejuk dan baju tidur dengan setiap satu berwarna kuning, hitam dan jalur coklat putih.

Versi teddy bear ini jenis pejam mata dan tersenyum lebar. Jika berminat memilikinya, anda boleh buat bayaran secara ansuran juga. Nak beli boleh singgah di sini: Meddy 1 | Meddy 2 | Meddy 3

One thought on “Teddy Bear Berharga RM160,000, Lebih Mahal Dari Honda Civic 1.5L RS!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *