Sempena cuti Hari Krismas ini, Kerajaan menyatakan persetujuan untuk memberi akses tol percuma selama dua hari kepada pengguna lebuh raya.

Tawaran itu dibuat untuk semua jenis kenderaan selepas Kerajaan bermesyuarat dengan syarikat-syarikat konsesi tol.

Pemberian tol percuma adalah pada:

  • Sabtu – 23 Disember 2023 – dari jam 12.01 pagi hingga 11.59 malam
  • Selasa – 26 Disember 2023 – dari jam 12.01 pagi hingga 11.59 malam

TOL PERCUMA DI SEMUA PLAZA?

Tawaran tol percuma itu diberi untuk semua kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali plaza tol di kawasan sempadan negara:

  • Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI)
  • Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor (Linkedua)

SIAPA TANGGUH TOL PERCUMA?

Pemberian tol percuma itu bukan ditawarkan operator-operator tol tetapi ditanggung Kerajaan. Kos tol percuma sempena Krismas dianggarkan RM40 juta untuk dua hari.

SEJARAH TOL PERCUMA DITANGGUNG KERAJAAN TAHUN INI

Kerajaan sudah membayar kos tol sebanyak:

  • Hari Raya Aidilfitri – RM80.07 juta
  • Hari Deepavali – RM42.31 juta
  • Tahun Baru Cina – RM41.21 juta
Sempena Cuti Krismas, Kerajaan Belanja Tol Percuma 2 Hari

Leave a Reply