
Pemandu Lamborghini Tak Reti Sabar Kena Rempuh Trak Pikap di Thailand
PEMANDU Lamborghini yang membelok kanan dengan cara berbahaya menerima balasan apabila kereta sport itu dirempuh trak pikap dari arah bertentangan.
Kemalangan itu berlaku di wilayah Sukhothai iaitu di persimpangan Lapangan Terbang Sukhothai pada 24 November 2022, kira-kira jam 6 petang.
Mengikut laporan, pemandu Lamborghini itu memarahi pemandu trak pikap. Dua rakaman video yang tular menunjukkan punca kemalangan adalah disebabkan diri pemandu Lamborghini itu.
Berdasarkan rakaman, ada satu konvoi kenderaan Lamborghini mula beratur untuk belok kanan. Pada masa sama, orang ramai tidak melepaskan peluang merakam barisan kereta mewah itu.
Tiba-tiba, nampak sebuah Lamborghini Huracan berwarna merah memotong kenderaan lain yang beratur dan membelok. Trak pikap dari arah bertentangan pula gagal berhenti dan merempuhnya.
BACA: Teddy Bear Berharga RM160,000, Lebih Mahal Dari Honda Civic 1.5L RS!
BACA: Blind Spot Monitor: Mengapa Kenderaan Anda Harus Ada Ciri Ini?
SUMBER: The Thaiger