Ini Cara Isi Petrol atau Diesel di Stesen Minyak

5 Langkah Mudah Isian Semula Petrol atau Diesel

Ini satu panduan untuk berkongsi tentang cara-cara mengisi petrol atau diesel ke dalam kenderaan di stesen minyak. Ada 5 langkah mudah. Jom kita lihat:

Langkah 1

  • Anda perlu tahu di mana kedudukan sebenar penutup tangki minyak kereta. Sama ada di sebelah kiri atau kanan.
  • Semasa mendekati pam minyak, pastikan penutup tangki minyak menghadap atau menghala ke arah pam (paling dekat dengan pam).
  • Kalau tak ingat, cuba tengok indikator atau petunjuk kedudukan penutup tangki minyak yang ada di instrumen meter.
  • Biasanya bentuknya segitiga sebagai penunjuk arah. Lihat foto di bawah (dalam bulatan kuning):
  • Kalau tak ada indikator, anda perlu keluar untuk melihat mana kedudukan sebenar tempat isian petrol atau diesel.

Langkah 2

  • Sebaik parkir dengan betul, matikan enjin kereta. Pastikan tiada semua peranti disambung dengan soket USB, kalau ada sila tanggalkan dulu. Ini untuk keselamatan anda.
  • Tinggalkan telefon dalam kabin kereta dan jangan hisap rokok di dalam kawasan stesen minyak.

Langkah 3

  • Buat bayaran sebelum mengangkat nozel untuk mengisi petrol atau diesel. Ada banyak cara disediakan.
  • Bayar di pam minyak: Boleh guna kad debit atau kredit dan ikut sahaja arahan di skrin pam minyak.
  • Bayar di kaunter: Beritahu pam nombor berapa, jenis bahan api dan buat bayaran di kaunter.
  • Bayar guna aplikasi: Contohnya aplikasi Setel untuk stesen Petronas. Pilih pam, jumlah isian semula dan buat pengesahan. Boleh juga guna TnG e-wallet untuk buat bayaran. Terus ke kaunter dan petugas akan bantu anda.
  • Bayar guna RFID: Cara bayaran ini ada disediakan di stesen Shell terpilih.

Langkah 4

  • Buka tempat isian bahan api. Sama ada dengan menarik tuil (dalam kabin), menekan butang atau menekan daun penutup tangki minyak.
  • Pulas untuk buka penutup (gas cap) dan letakkan di tempat selamat. Ada gas cap diikat dengan kabel supaya tidak hilang dan ada pula kereta moden yang tidak menggunakan gas cap.

Langkah 5

  • Angkat nozel minyak mengikut pilihan RON anda sama ada RON95, RON97, diesel atau RON lebih berprestasi tinggi.
  • Masukkan ke dalam tempat isian bahan api dan tarik picu untuk mengisi bahan api.
  • Isian akan berhenti sebaik mencapai jumlah bayaran atau tangki minyak sudah penuh.
  • Sesudah selesai membuat isian, kembalikan nozel ke tempat asal di pam minyak.
  • Jangan bimbang tentang tumpahan cecair bahan api dari nozel sebab semua pam moden ada ciri hentian secara automatik.
  • Jangan lupa pasang semula gas cap dan tutup daun penutup tangki minyak.

BACA: Boleh ke Isi Petrol Tanpa Matikan Enjin Kereta?
BACA: Mana Satu Lebih Baik, Isi Minyak Petrol Tangki Penuh atau Separuh?
BACA: Ini Cara Tepat Selaras Cermin Sisi Kereta

Kredit Foto: Petronas

Leave a Reply