Boleh ke Isi Petrol Tanpa Matikan Enjin Kereta?

INI salah satu soalan yang agak popular bukan hanya di Malaysia tetapi juga di negara-negara Barat. Jawapannya boleh TAPI anda tidak digalakkan melakukannya.

Ada Risiko Kebakaran?

Mengapa? Mengikut Family Handyman, ada potensi berlakunya kebakaran. Enjin kereta yang masih hidup akan meningkatkan kebarangkalian kejadian wap petrol menyala (terbakar) jika terkena elektrik statik.

Video di bawah ini menunjukkan bagaimana elektrik statik berlaku dan jika pantaskan masa ke 4.05, anda boleh lihat kebakaran berlaku semasa petrol diisi dalam kereta.

Cara terbaik ialah matikan enjin kenderaan. Risiko kebakaran yang boleh berlaku ialah gas terbakar dan bukannya minyak petrol. Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan letupan!

Jadi, sebelum mengisi petrol, anda dinasihatkan:

  • Matikan enjin kereta
  • Cabut semua kabel yang mengecas telefon atau alaot elektronik lain dalam kereta
  • Jangan hisap rokok atau vape
  • Tinggalkan telefon dalam kabin kereta

Kalau Tak Berlaku Kebakaran, Kereta Boleh Rosak ke?

Mengisi petrol tanpa mematikan enjin tidak menyebabkan kerosakan. Tapi itu bukan bermaksud perbuatan itu tidak menyebabkan masalah lain.

Ini kerana perbuatan itu boleh menyebabkan lampu periksa enjin (check engine) menyala. Satu perkara tentang kereta moden ialah ia direka untuk mengesan kebocoran gas dari tangki minyak, enjin atau saluran minyak walaupun kecil.

2 thoughts on “Boleh ke Isi Petrol Tanpa Matikan Enjin Kereta?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *