
Blind Spot Monitor: Mengapa Kenderaan Anda Harus Ada Ciri Ini?
KITA biasa dengar kisah tentang pemandu kereta tidak sedar kenderaan lain dekat mereka sehingga berlaku hampir berlaku perlanggaran atau terjadinya kemalangan.
Ini mungkin disebabkan kenderaan lain berada dalam zon titik buta. Maksudnya, kenderaan lain berada dalam kawasan terlindung di sekeliling kereta yang tidak dapat dilihat pemandu.
Lebih besar dan panjang sesuatu kenderaan, lebih banyak atau besar zon titik butanya. Contohnya, zon titik buta trak pikap dan kenderaan utiliti sukan (SUV) adalah lebih luas berbanding kereta kompak.
Jika sudah tahu apa maksud zon titik buta, maka anda pastinya memahami mengapa semakin banyak kenderaan moden ada ciri Sistem Pemantauan Titik Buta (Blind Spot Monitoring System – BSM).
Ada pengeluar lain seperti Honda menggunakan sistem sama tetapi dipanggi BSI (Blind Spot Information System). Fungsi sama cuma nama sahaja berbeza.
BSM ini suatu tambahan ciri keselamatan baharu yang dicipta untuk memberi amaran kepada pemandu jika ada kenderaan lain berhampiran kereta mereka. Ibarat ada mata tambahan untuk anda semasa memandu.
Tujuan BSM ialah untuk bantu cegah pelanggaran atau kemalangan. Perlu kita sedar bahawa setiap teknologi keselamatan ada kos tambahan (harga lebih mahal) walaupun disertakan sebagai pakej untuk sesebuah kenderaan.
Ini memang jelas kerana tidak ramai pengeluar kenderaan menawarkan ciri BSM untuk model-model kenderaan asas (basic model). Jadi, adakah berbaloi beli kenderaan dengan BSM?
Bagaimana BSM Berfungsi?
- BSM menggunakan sensor radar untuk mengesan objek atau kenderaan lain di sekeliling kenderaan anda.
- Apabila mengesan ada kenderaan lain dalam zon titik buta atau dekat anda, lampu indikator akan menyala.
- Lampu amaran ini biasa dibina dalam cermin sisi kenderaan sama ada berwarna kuning atau merah (ikut pengeluar kenderaan asal).
- Lampu amaran akan terus nyala sehingga anda bertukar lorong atau kenderaan lain itu meneruskan perjalanan keluar dari zon titik buta.
- Biasanya, sensor ini akan kesan kenderaan lain dari zon sebelah kiri atau kanan kereta anda.
BACA -> Ini Cara Tepat Selaras Cermin Sisi Kereta
BACA -> Cara Tukar Saiz Tayar dan Rim
BACA -> Ini Kelebihan dan Kekurangan Guna Sport Rim Aloi
One thought on “Blind Spot Monitor: Mengapa Kenderaan Anda Harus Ada Ciri Ini?”