Kita tahu mat rempit ini sudah biasa dilihat sebagai golongan penunggang motosikal yang tak ada benda berfaedah nak buat selain menyusahkan hidup pengguna jalan raya lain.

Lain pula persepsi bila kita tengok orang yang memandu supercar atau kereta mewah. Golongan macam ini selalunya bernada ‘wow’ dan dipandang tinggi dengan imej positif.

Kalau satu itu putih dan satu lagi dilihat sebagai hitam, sudah tentunya ada kelabu di antara kedua-duanya.

Kelabu ini memang wujud dan boleh kita saksikan menerusi pendedahan Ops Luxury yang dijalankan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini.

101 Kereta Sport, Kenderaan Mewah Kena Sita

Pada 24 Jun 2025, JPJ menyita 101 kenderaan sport dan mewah kerana didapati melanggar peraturan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Antara kesalahan dikesan ialah:

  • Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh
  • Tiada perlindungan insurans sah
  • Lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen yang sah (CDL)
  • Pamer nombor kenderaan lain
  • Ketidakpadanan nombor casis dengan maklumat dalam sistem
  • Penggunaan Trade Plate palsu

Jenama dan model kenderaan yang disita dalam Ops Luxury dinyatakan ialah Ferrari, Rolls-Royce, Bentley, Porsche Cayenne, BMW 530E, Lotus Elise S, Toyota Alphard, Vellfire dan Mercedes-Benz.

Sebentar tadi, ada satu lagi perkongsian menunjukkan sebuah Ferrari ditahan kerana tidak mempamerkan nombor plet di bahagian hadapan kereta. Boleh tengok gambar di bawah:

Ferrari kena tahan / sita Jabatan Pengangkutan Jalan kerana tidak mempamerkan nombor pendaftaran (no plate) di Selangor

Apa Beza Mat Rempit & Pemilik Kereta Mewah, Supercar?

Kalau kita tengok balik senarai kesalahan yang dikesan pihak JPJ membabitkan pemilik atau pemandu supercar dan kenderaan mewah, tak jauh banyak beza pun dengan apa yang dikesan dalam operasi motosikal pada malam minggu.

Tak ada lesen atau lesen mati, tiada cukai jalan, insurans tamat tempoh, guna nombor palsu dan usik nombor badan asal ini sama macam hasil penemuan Ops Luxury.

Bezanya mungkin.. golongan mat rempit lebih ditonjolkan sebab jumlah mereka ramai dan lebih kerap dilihat berlumba secara beramai-ramai.

Jarang kita dengan laporan tentang kereta mewah atau sportcar terlibat dalam lumba haram. Bukannya tak ada tapi jumlah dan kekerapan mereka tak sebanyak mat rempit.

Kalau nak simpulkan, motosikal atau apa jenis kereta itu sekadar satu objek. Tak kira lah sama ada mahal mahupun murah. Tapi yang menjadi kayu ukur ialah mentaliti orang yang mengendalikan objek itu.

Apa beza mat rempit dengan pemilik kereta mewah?

Leave a Reply