Ini adalah senarai nama syarikat pengendali bas ekspres yang memiliki hutang lebih 200 saman tertunggak yang diumumkan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan agensinya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan nama syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres yang memiliki jumlah saman paling banyak.

Saman tersebut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta 333, Akta 334 dan Akta 715.

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334)
  • Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715)

Nampak gayanya, ini mungkin pendekatan pertama diambil untuk mendedahkan kepada umum nama syarikat-syarikat yang masih ada saman berhubung peraturan atau undang-undang jalan raya.

Senarai ini boleh jadi ‘pembuka mata’ kepada orang ramai. Mungkin juga akan mendatangkan kesedaran kepada pihak pengendali, pengurusan syarikat atau operator bas dan kenderaan berat lain.

MOT dan JPJ menjelaskan pengumuman nama syarikat itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha mereka meningkatkan tahap pematuhan undang-undang jalan raya demi keselamatan pengguna lain di jalan raya.

Jumlah Syarikat Lori & Bas Banyak Saman Tertunggak

MOT dan JPJ mendedahkan jumlah syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres yang ada saman tertunggak tertinggi:

  • 11 syarikat pengendali kenderaan barangan yang ada lebih 1,000 saman tertunggak
  • 17 syarikat pengendali bas ekspres yang ada lebih 200 saman tertunggak

5 Kesalahan Utama Syarikat Pengendali Kenderaan Barangan (Lori)

MOT dan JPJ mendedahkan lima (5) kesalahan utama syarikat pengendali kenderaan barangan yang dikesan memiliki jumlah hutang saman melebihi 1,000 keping saman.

  1. Kesalahan Teknikal – brek atau tayar tidak mengikut spesifikasi atau ubah suai kenderaan
  2. Tiada Lesen Memandu
  3. Lebihan muatan
  4. Tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau insurans
  5. Memandu Lebih Had Laju

5 Kesalahan Utama Syarikat Pengendali Bas Ekspres

MOT dan JPJ juga menyenaraikan lima (5) kesalahan utama syarikat pengendali bas ekspres yang didapati memiliki jumlah hutang saman melebihi 200 keping saman.

  1. Memandu lebih had laju
  2. Kesalahan lalu lintas – memandu di lorong kanan berterusan atau memotong barisan atau menggunakan telefon bimbit
  3. Kesalahan teknikal
  4. Tiada Lesen Memandu
  5. Tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau insurans

Tindakan JPJ, MOT ke atas Syarikat Hutang Saman Tertinggi

Untuk berlaku adil, MOT dan JPJ memberi masa kepada semua syarikat terlibat untuk menyelesaikan hutang tertunggak dan akan mengambil tindakan tegas jika mereka masih enggan menyelesaikan hutang saman.

  • Syarikat-syarikat dalam senarai nama syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres di bawah ini diberi tempoh 14 hari dari tarikh pengumuman (25 Jun 2025) untuk menyelesaikan semua saman tertunggak.
  • Boleh bayar saman tertunggak di mana-mana pejabat JPJ negeri atau cawangan JPJ berhampiran.
  • Kalau tak nak bayar, akan ada tindakan susulan dari pihak MOT dan JPJ termasuk kenderaan disenarai hitam (blacklist) serta-merta.

Senarai Nama Syarikat Pengendali Kenderaan Barangan dan Bas Ekspres dengan Saman Tertinggi

Ini adalah senarai nama syarikat pengendali kenderaan barangan yang memiliki hutang lebih 1,000 saman tertunggak yang diumumkan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

Ini adalah senarai nama syarikat pengendali kenderaan barangan yang memiliki hutang lebih 1,000 saman tertunggak yang diumumkan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Ini adalah senarai nama syarikat pengendali bas ekspres yang memiliki hutang lebih 200 saman tertunggak yang diumumkan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

Ini adalah senarai nama syarikat pengendali bas ekspres yang memiliki hutang lebih 200 saman tertunggak yang diumumkan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Senarai Nama Syarikat Pengendali Kenderaan (Lori) dan Bas Ekspres Miliki Saman Paling Tinggi

Leave a Reply