Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membantu tiga pengeluar automotif untuk membuat hebahan panggilan balik kenderaan melibatkan jenama Chery, Toyota dan Mercedes-Benz.
Aktiviti panggilan balik untuk model-model itu sudah bermula dilakukan pihak pengeluar kenderaan sejak bulan Mac 2024 dan masih berterusan sehingga hari ini.
Pemilik kenderaan terlibat akan dihubungi pengeluar kenderaan masing-masing untuk menetapkan tarikh temujanji untuk pemeriksaan kenderaan.
JPJ meminta pemilik kenderaan untuk patuh kepada tarikh temujanji yang ditetapkan demi kebaikan kedua-dua pihak.
Semua orang tahu tentang masalah kegagalan gandar belakang kenderaan Chery Omoda 5 yang menyebabkan rata-rata netizen berhujah tentang isu itu sehingga hari ini.
JPJ menyatakan:
Bagi kes ini, pihak Chery Auto Malaysia Sdn Bhd telah segera melaksanakan aktiviti panggilan semula yang bermula sejak 3 Mei 2024 dan telah memaklumkan kepada pihak JPJ berkenaan aktiviti tersebut.
Sehingga 7 Jun 2024, pihak Chery sudah memeriksa sebanyak 592 unit daripada 600 unit kenderaan Chery Omoda 5 yang terlibat dalam aktiviti ini (panggilan balik) dengan peratus selesai aktiviti sebanyak 98.67%.
Baki pemilik kenderaan telah dihubungi untuk melengkapkan jadual pemeriksaan dan dijangka aktiviti ini akan diselesaikan pada akhir Jun 2024.
Tempoh penyelesaian bagi aktiviti panggilan balik ini bergantung sepenuhnya kepada kerjasama yang diberikan pemilik kenderaan.
Sebagai pemilik kenderaan, sila pastikan data maklumat anda di JPJ dan mana-mana pihak yang berkaitan adalah yang terkini untuk memudahkan anda dihubungi jika kenderaan anda terlibat dalam mana-mana aktiviti panggilan balik.
Panggilan Balik Model Chery dan Toyota
- 2,379 unit Toyota Corolla Cross keluaran Julai hingga September 2023.
- 600 unit Chery Omoda 5 keluaran November 2023 hingga April 2024.
Lebih 2,500 Mercedes-Benz Dipanggil Balik
Untuk model Mercedes-Benz, panggilan balik menunjukkan jumlah yang agak tinggi iaitu 2,611 unit daripada sekurang-kurangnya 18 model dan varian. Ini adalah iklan yang dikongsi JPJ di Facebook: