MIROS dan MARii melancarkan Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP) pada Mac 2021 dan sehingga kini, hanya 28 model motosikal daripada lapan jenama di Malaysia menyertai program itu.
Lapan jenama yang mengambil bahagian dalam MyMAP ialah Yamaha, Aveta, WMoto, SYM, Modenas, Kawasaki, Honda dan Blueshark. Ini senarai model yang dinilai mengikut jenama dan pengeluar:
WMoto – MForce Bike Holdings
MForce menghantar dua model skuter jenama WMoto (singkatan kepada Wawasan Moto) untuk penilaian pada tahun 2021 dan meraih penarafan 5 bintang. Dua model itu ialah:
- WMoto XTreme 150i
- WMoto RT3
SYM – MForce Bike Holdings
Selain dua skuter, MForce yang juga pengedar rasmi jenama SYM turut menghantar model supermoped (underbone) untuk penilaian pada tahun 2021 dan meraih penarafan 5 bintang.
- SYM VF3i 185 LE5
Yamaha – Hong Leong Yamaha Motor (HLYM)
HLYM ialah pemasang motosikal jenama Jepun pertama menyertai MyMAP dengan model sportbike asas dan dua skuter pada tahun 2022 dan diberi penarafan 5 bintang.
- Yamaha YZF-R15M
- Yamaha NVX ABS
- Yamaha XMax
Modenas – Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd.
Modenas ialah syarikat pemasang motosikal paling banyak menghantar motosikal dan skuter untuk program MyMAP. Bermula dengan dua model pada tahun 2022 dan lagi 10 model pada 2023. Semua 12 model itu diiktiraf 5 bintang.
MyMAP 2022
- Modenas Z250 ABS
- Modenas Ninja 250 ABS
MyMAP 2023
- Modenas Versys-X 250
- Modenas Ninja ZX-25RR
- Modenas Ninja ZX-25R SE
- Modenas Ninja 650
- Modenas Vulcan S
- Modenas Z650
- Modenas Versys 650
- Modenas Elegan EX 250
- Modenas Dominar D250
- Modenas Dominar D400
Kawasaki – Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS)
EMOS menghantar dua model motosikal berkapasiti 900cc versi pemasangan tempatan (CKD) di kilang Modenas untuk program MyMAP dan meraih status 5 bintang pada tahun 2023.
- Kawasaki Z900 SE
- Kawasaki Z900
Aveta – Aveta Malaysia
Aveta ialah syarikat pemasang produk roda dua dari China untuk pasaran Malaysia. Tahun lalu, mereka ada menghantar sebuah model skuter hibird yang menerima penarafan 5 bintang MyMAP.
- Aveta VADV 150
Honda – Boon Siew Honda (BSH)
Boon Siew Honda membawa enam model mereka iaitu empat skuter, sebuah sportbike dan satu kapcai untuk penilaian MyMAP tahun 2024. Keputusan penarafan bintang yang diterima adalah 3 bintang dan 5 bintang.
- Honda ADV 160 – 5 bintang
- Honda Vario 160 – 5 bintang
- Honda CBR150R – 5 bintang
- Honda RS-X – 5 bintang
- Honda Vario 125 – 3 bintang
- Honda BeAT – 3 bintang
Blueshark – Blueshark Malaysia
Blueshark ialah jenama produk dari China. Malaysia menyaksikan pelancaran pertama Blueshark pada Mac 2023 iaitu skuter elektrik siri R1. Skuter itu sudah menjalani penilaian MyMAP tahun 2024 dan menerima 4 bintang.
- Blueshark R1