Suzuki Perancis tawar 10 unit motosikal Katana Icon

Suzuki Perancis meluaskan ahli keluarga motosikal Suzuki Katana menerusi satu kerjasama dengan pengeluar pakaian motosikal, Icon.

Motosikal itu dinamakan Suzuki Katana Icon. Suzuki Perancis cuma menawarkan 10 buah motosikal Katana Icon untuk pelanggan.

Katana Icon diberikan imej solekan istimewa yang sama seperti helmet full-face Icon Airflite Stim Black. Ini kerana, pembeli Suzuki Katana Icon akan mendapat helmet sama – satu pakej.

Hiasan grafik dengan paparan perkataan Icon membaluti fairing depan, tangki minyak sebelum menutupi panel di belakang.

Ekzos sport Akrapovic yang menggantikan ekzos standard, membantu meningkatkan kuasa kuda 2hp dan tork 2Nm. Berat motosikal juga berkurangan 1.1 kilogram.

Suzuki juga memasang pemegang nombor plet pendek, dilengkapi lampu signal LED penuh.

Motosikal Suzuki Katana Icon bersama pakej helmet Airflite Stim Black Icon djual pada harga €15,999 (RM72,070).

Sumber: Suzuki Perancis

Leave a Reply