Produksi Italjet Dragster (2020) Bermula Mei ini, 125cc dan 200cc

Italjet mengesahkan skuter ikonik Dragster versi 2020 akan mula dihasilkan di Itali bermula bulan Mei ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Italjet, Massimo Tartarini menerusi satu kenyataan menyatakan ‘Dragster dijangka berada di semua pelusuk dunia’.

“Edisi pertama membabitkan 499 unit sudah habis ditempah para peminat Dragster. Tempahan diterima daripada pelanggan di lebih 20 buah negara. Kini, penantian bakal berakhir. Pengeluaran Dragster akan bermula pada Mei ini.” – Massimo Tartarini

Pada era lewat 1990-an, skuter Dragster dipasang enjin 2-lejang (bawah kiri) silinder tunggal. Bagaimanapun, Dragster terbaharu (bawah kanan) didatangkan dengan enjin 4-lejang berkapasiti 125cc atau 200cc.

Italjet Dragster masih menggunakan stereng hab melintang dan bukannya fork konvensional seperti skuter atau motosikal lain.

Italjet mendakwa 90 peratus Dragsters dihasilkan adalah untuk eksport, Jerman dan United Kingdom menjadi negara pembeli terbesar di Eropah.

Dragster 1998
Dragster 2018

Sebelum produksi berjalan di Itali, motosikal Dragster akan dibawa ke pameran motosikal di serata dunia untuk dipamerkan. Antaranya, Pameran Motosikal Tokyo pada Mac ini.

Dragster 125 dan 200 menggunakan enjin silinder tunggal 4-lejang, empat injap DOHC. Transmisi automatik dipasang ialah jenis CVT multiplet klac basah.

Enjin dihidupkan dengan menggunakan butang elektrik. Kedua-dua varian menggunakan sistem sejukan cecair. Varian 125 mampu menghasilkan 14.9hp pada 10,000rpm dengan tork puncak 12.5Nm semasa 7,750rpm.

Dragster 200 pula menghasilkan 19.8hp @ 8,250rpm dan tork setinggi 17Nm pada 6,250rpm. Kelajuan maksimum dipaparkan pada laman web Italjet ialah 125 kilometer sejam. Tempahan sudah dibuka.

GALERI GAMBAR DRAGSTER

SUMBER: Motorcyclenews / Italjet

Leave a Reply