Motosikal apa paling banyak dicuri?

Lebih 100 juta kapcai Honda atau Super Cub sudah dijual sejak 1958 – termasuk Honda C50, C70, C90 dan C100X.

Di negara Asean dan Timur Jauh, motosikal kapcai 4-lejang ini memang jadi pilihan keluarga miskin dan sederhana kaya kerana ia masih mampu milik.

Di Barat, ada lagi kapcai Honda tetapi bilangan kecil jika disimpan dalam keadaan tulen (simpanan klasik). Ada juga yang sudah modifikasi jadi streetbike atau kafe racer.

Tahukah anda, Honda C50 ialah motosikal paling banyak dicuri di seluruh dunia….. sehingga hari ini..

Honda C50 Super Cub

Honda mengimport ribuan kapcai dan 60 lagi model motosikal ke United Kingdom (UK) hampir 60 tahun lalu.

Model ikonik Honda Fireblade (gambar dibawah) yang dilancarkan pada 1992 juga menambat hati ramai peminat temasuk penyangak dan pencuri.

Superbike Jepun ini pernah memegang ranking sebagai superbike paling banyak dicuri sejak 1990-an hingga 2000.

Honda Fireblade

Sebelum itu, Triumph ialah jenama motosikal paling banyak hilang dan paling kurang ditemui semula sejak tahun 1960-an hingga 1970-an.

Model Triumph menjadi pilihan utama penyangak kerana wujud permintaan tinggi untuk enjin dwisilinder bagi tujuan perlumbaan dan jentera hibrid.

Sejak tahun 1971, sebanyak 760,000 unit motosikal hilang atau dicuri dalam tempoh tujuh tahun. Lebih 50 peratus ialah Triumph berbanding hanya 1,500 motosikal Jepun.

Secara purata, sebanyak 45,000 motosikal dilaporkan hilang setiap tahun di UK antara 1971 hingga 1981. Data ini dikeluarkan Komputer Kebangsaaan Polis UK (UK Police National Computer).

Tahun 2019, UK mencatat 20,005 motosikal dicuri berbanding 27,326 pada 2018. Kecurian motosikal di Perancis dianggarkan sebanyak 100,000 unit, Itali (56,000) dan Sepanyol (42,000).

Biro Jenayah Insurans Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan ada 41,674 buah motosikal dilaporkan hilang atau dicuri sepanjang tahun 2018. Tahun 2017, jumlahnya lebih tinggi iaitu 44,268 unit.

Sama seperti UK, empat jenama motosikal Jepun kekal menduduki senarai teratas kes kecurian di AS ialah Honda, Yamaha, Suzuki dan Kawasaki. Harley Davidson berada di tangga kelima.

Ada sebuah bandar di Pakistan merekodkan kehilangan 2,086 motosikal dalam satu bulan pada tahun lalu. Di India pula, ada bandar mencatat kehilangan sebanyak 45 buah motosikal Enfield Bullets setiap hari.

Bandar-bandar utama di Malaysia dan Indonesia secara purata berdepan sekurang-kurangnya 86 kes kecurian motosikal setiap hari.

Rujukan: Bennetts dan Pr Web

Leave a Reply