Jualan Motosikal BMW 2019 Naik – G310 Tetap Lemah

BMW Motorrad menjual lebih banyak motosikal dan skuter tahun lalu, kenaikan 5.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sehingga Disember lalu, sebanyak 175,162 motosikal dan skuter dijual di seluruh dunia. Tahun 2018, BMW jual 165,566 motosikal dan skuter.

“2019 adalah satu lagi tahun kejayaan buat BMW Motorrad walaupun berdepan banyak cabaran. Kami juga mencatat rekod jualan buat kali ke sembilan.”

Ketua BMW Motorrad, Dr. Markus Schramm

Schramm berkata strategi BMW Motorrad bawa kesan dan ini dilihat pada jualan motosikal tahun lalu.

Kejayaan BMW Motorrad dibantu dengan tujuh model dilancarkan, menguatkan segmen portfolio motosikal BMW.

Pasaran utama BMW Motorrad:

  • Jerman: 26,292 unit
  • Perancis : 17,300 unit
  • Itali : 15,580 unit
  • Sepanyol : 12,607 unit
  • Britain/Ireland : 9,611 unit

BMW Motorrad masih laris di Amerika Syarikat dan Kanada dengan jualan 15,116 motosikal dan skuter.

Di China, BMW catat kenaikan jualan 16.6 peratus. Brazil pula ada kenaikan jualan hingga 36.7 peratus.

Model BMW Motorrad paling laris ialah BMW R 1200/1250 GS dan BMW R 1200/1250 GS Adventure dengan jualah lebih 59,000 unit.

BMW G 310 R dan BMW G 310 GS masih ada tetapi hanya 20,000 buah di seluruh dunia.



Leave a Reply