Itali: Jualan motosikal naik 6.1 peratus

Pasaran motosikal Itali pada tahun 2019 catat peningkatan sederhana dengan jualan terkumpul sebanyak 260,353 motosikal, naik 6.1 peratus berbanding 2018.

Segmen moped alami penurunan manakala segmen touring pula menjadi kategori motosikal paling cepat kembang.

Tiga jenama yang menguasai pasaran motosikal Itali ialah Honda, Piaggio dan Yamaha. BMW nampaknya mencipta rekod baharu dengan jualan lebih 15,000 unit motosikal.

Pasaran Motosikal 2019 Itali

Data daripada Kementerian Pengangkutan Itali menunjukkan tahun 2019 adalah tahun positif bagi industri roda dua di negara itu.

Sebanyak 260,353 motosikal sudah dijual, naik 5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ini adalah peningkatan kali kelima berturut-turut dan menjadikan Itali sebagai pasaran kedua terbesar di Eropah selepas Perancis.

Segmen 50cc terus merosot dengan hanya 19,091 unit dijual, susut 7.6 peratus. Jumlah itu mewakili 7.3 peratus jualan kenderaan roda dua di Itali.

Segmen skuter lebih 50cc pula mencatatkan jualan 133,044 buah ( naik 5.2%) dan mewakili lebih separuh jualan kenderaan roda dua di Itali.

Jualan bagi segmen motosikal cuma 98,387 unit iaitu naik 6.5 peratus berbanding tahun lalu.

Pertumbuhan jualan dalam segmen elektrik di Itali dilaporkan perlahan berbanding negara-negara Eropah. Itali cuma catat jualan 5,250 unit jentera (+26.6 peratus).

BMW menyumbang kepada segmen touring (+42.1%) iaitu segmen paling pantas berkembang dalam pasaran motosikal Itali.

Ada juga segmen lain alami peningkatan jualan, antaranya ialah Supermoto (+16.8%), Adventure (+12.9%) dan Street (+10.4%)

Siapa kuasai pasaran motosikal Itali?

Pasaran Itali didominasi 4 jenama utama motosikal. Jumlah terkumpul keempat-empat jenama itu mewakili lebih separuh jualan motosikal/skuter di Itali.

Senarai rangking, jumlah jualan dan peratus perbezaan berbanding 2018 adalah seperti berikut:

1. Honda
– Jumlah jualan : 54,634 unit (+7.1%)
– Kuasai 21% pasaran Itali.

2. Piaggio
– Jumlah jualan : 42,776 unit (+5.9%)
– Kuasai 16.4 % pasaran Itali.

3. Yamaha
– Jumlah jualan : 26.645 unit (-6.4%)
– Kuasai 10.2% pasaran Itali

4. Kymco
– Jumlah jualan : 24,054 unit (-3.5%).

5. BMW
– Jumlah jualan : 15,632 unit (+13.2%).

6. Ducati
– Jumlah jualan : 9,155 unit (-0.6%)

7. SYM
– Jumlah jualan : 7,591 unit (+ 19.7 %)

8. Kawasaki
– Jumlah jualan : 7,517 unit (+8.0%).

9. KTM
– Jumlah jualan : 7,227 unit (+4.3%)

10. Benelli
– Jumlah jualan : 6,818 buah (+33.7%)

Beberapa pengeluar motosikal mencatat jualan negatif (berbanding tahun 2018) dan ini termasuk:

  • Harley-Davidson (-8.2%)
  • Aprilia (-4.1%)
  • Peugeot (-16.5%)
  • Suzuki (-6.7%)
  • Askott (-6.6%)

Trend pasaran semasa

  • Rekod terbaik jualan motosikal Itali ialah tahun 2000 dengan 524,619 buah.
  • Rekod terendah ialah 190,697 unit pada 2014.
  • Kini, pasaran motosikal Itali mula pulih sejak empat tahun lalu.
  • Jumlah motosikal dan skuter lebih 50cc pada tahun 2018 ialah 247,940 unit (+4.3% berbanding 2017).
  • Pada hujung tahun 2018, pasaran motosikal Itali duduk rangking ke-21 dunia dan nombor 2 di Eropah. Perancis kekal nombor 1.
This image has an empty alt attribute; its file name is motorwan-bmw-g-310-r.jpg

Leave a Reply