HLYM tawar 3 warna baharu Yamaha X-Max

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan tiga warna baharu untuk skuter Yamaha X-Max bagi tahun 2020. Warna itu ialah jenis matte (kusam) biru, perak dan kelabu.

Bagi warna matte biru, Yamaha memasang rim hitam pada X-Max. Bagi warna matte kelabu, rim dan logo X-Max ialah emas.

HLYM tidak menaikkan harga asas disyorkan dan ia masih RM21,500. Ini belum kira cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Skuter ini akan dijual bermula bulan ini.

Enjin skuter ini adalah sama dengan model sebelumnya, silinder tunggal SOHC 250cc dengan Blue Core. Sistem transmisi ialah CVT dan minyak disalurkan menerusi kaedah pancitan (FI).

Trenkuasa ini boleh memerah kuasa 16.8kW @ 7,000rpm dan tork maksimum 25.3Nm @ 5,500rpm. Skuter ini adalah seberat 179 kilogram.

X-Max menggunakan sistem brek cakera dan dilengkapi tangki minyak sebesar 13 liter. Ruang barang bawah tempat duduk boleh menyimpan dua helmet.

Sebelum terlupa, X-Max dilengkapi lampu pencahayaan LED DRL pada lampu hadapan dan belakang.

Rujukan : Yamaha



Leave a Reply