HLYM kemas semula wajah Yamaha Ego Solariz

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperbaharui saingan segmen skuter dengan melancarkan Ego Solariz berwajah baharu dengan empat pilihan warna menarik.

Empat warna Ego Solariz ialah emas, merah, biru dan cyan. Sebelum ini, HLYM menawarkan Ego Solariz dalam pilihan warna perak, ungu dan magenta.

Yamaha Ego Solariz ialah skuter paling kecil dalam segmen automatik HLYM. Sebagai kelegaan, HLYM tidak menaikkan harga jualan asas skuter ini walaupun ada perubahan pada warna dan pelekat grafik badan.

HLYM mengesyorkan harga jualan asas Yamaha Ego Solariz sebanyak RM5,234. Ini belum kira cukai jalan, insurans dan nombor pendaftaran.

Yamaha Ego Solariz masih sama iaitu jenis satu silinder 125cc dan transmisinya ialah automatik CVT. Enjin ini boleh hasilkan kuasa 7kW pada 8,000rpm dan tork 9.6Nm@5,500rpm.

Tangki minyak Ego Solariz ialah 4.2 liter manakala beratnya pula 94 kilogram. Ia menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang.



Leave a Reply