Ducati dan Lenovo hasilkan laptop edisi terhad

Ducati dan Lenovo menjalin usaha untuk menawarkan komputer laptop Lenovo gaya Ducati Corse, dipanggil sebagai Lenovo Ducati 5.

Model komputer ini akan dihadkan kepada 12,000 unit dan hanya ditawarkan kepada peminat Ducati di Eropah. Malang sungguh bagi penggemar di negara Asia.

Skrin laptop Lenovo Ducati 5 ialah 14 inci dan tergolong sebagai komputer riba kategori sederhana. Lenovo melengkapkan laptop itu bersama Windows 10 dengan Intel Core i5 generasi ke-10.

Laptop Lenovo Ducati 5 dibalut dengan grafik jalur perlumbaan dan perkataan Ducati warna merah. Sama juga di bahagian bawah komputer itu.

Bahagian luar laptop ini dibuat dengan aluminium dan ada ventilator bercorak honeycomb – macam ekzos motosikal Ducati.

Semasa laptop dihidupkan, sistem BIOS akan memainkan bunyi deruman ala bunyi motosikal lumba MotoGP.

Laptop memainkan bunyi audio menarik dengan adanya Dolby Audio, imej lebih kemas melalui kad grafik Intel dan skrin Full HD.

Lenovo Ducati 5 boleh dicas semula dengan lebih pantas, ada konektiviti WiFi 6 dan Bluetooth 5.0. Kapasiti cakera keras ialah 1TB dengan memori 8Gb. Laptop ini berharga 899.99 Euro (RM4,100).

Sumber: Slash Gear



Leave a Reply