Volkswagen T2 versi LEGO

Dua individu, Rene Hoffmeister dan Pascal Lenhard berjaya menyiapkan sebuah replika van kombi berasaskan blok LEGO.

Mereka menggunakan 400,000 blok LEGO untuk membina van camper paling besar iaitu menyamai saiz sebenar sebuah Volkswagen T2.

Model replika seberat 700kg kemudiannya dipertontonkan pada pameran pelancongan f.re.e di Munich sekitar Februari lalu.

Model van yang menjadi rujukan kedua-dua lelaki itu ialah T2a, yang pernah dikeluarkan antara tahun 1967 hingga 1971.

Rene dan Pascal diberikan masa enam minggu untuk menyiapkan model replika van itu.

Untuk memudahkan kerja, mereka menggunakan imej 3 dimensi dengan pelan pembinaan. Ini membantu membuat kiraan kasar jumlah blok LEGO yang diperlukan.

Kerja pemasangan cukup mempersonakan termasuk bumbung pop up Westfalia, pintu gelongsor dan ruang dalaman kombi.

Replika T2 ini ialah lebih 5 meter (m) panjang, tinggi hampir 2m dan lebar 1.9m. Sekiranya bumbung dibuka, ketinggiannya ialah 3m.

SUMBER: Volkswagen

Leave a Reply