Vandal One guna enjin Honda Civic Type R

Syarikat Vandal Cars di Amerika Syarikat sudah mencipta sebuah kereta litar ringan yang dinamakan sebagai Vandal One.

Vandal One kini menyertai liga saingan kereta litar ringan yang sudah dianggotai syarikat BAC, Ariel, KTM dan Radical.

Vandal One boleh memberikan kepuasan kepada pemandu di litar kerana kereta ini dikatakan berasaskan enjin petrol 2.0 liter Honda Civic Type R dan diberi talaan baru hingga mampu hasilkan kuasa 340hp.

Jika jumlah kuasa itu tidak mencukupi, Vandal sedia bantu meningkatkan kuasa kepada 560hp @ 9,000rpm.

Vandal One cuma seberat 555kg dan ini disebabkan binaannya banyak menggunakan material jenis gentian karbon termasuk monokoknya.

Kotak gear yang digunakan ialah 6 kelajuan sequential daripada Sadev. Sistem suspensinya pula memanfaatkan pembinaan dari sistem jentera Formula 1.

Jentera ini juga dilengkapi bar anti-roll bersama sistem brek cakera bersama kaliper 4 piston aluminium.

Harga Vandal One bermula serendah AS$119,700 dan ini tidak termasuk cukai. Untuk menempah, bayaran serendah AS$1,000 diperlukan.

SUMBER: Vandal Cars

Leave a Reply