Nissan GT-R R35 edisi 2020 terima sentuhan baharu

Tahukah anda, Nissan GT-R R35 sudah berusia 12 tahun?

Walaupun sudah mencecah usia lebih satu dekad, kereta sport yang cipta untuk menandingi Ferrari ini masih digemari kaki-kaki kereta. Pendek kata, wang dibayar setanding prestasinya.

Nissan mengambil inisiatif untuk menambah baik model GT-R R35 supaya bersesuaian dengan edaran zaman. Ini tertumpu pada soal prestasi GT-R R35.

Nissan GT-R edisi 2020 ini bergantung kepada kuasa enjin 3.8 liter VR38DETT V6 dengan 2 pengecas turbo.

Bagaimanapun, Nissan GT-R R35 kini menerima set turbo baharu yang menawarkan prestasi yang jauh lebih baik, lebih-lebih lagi ketika ia dipandu pada kelajuan rendah.

Set turbo baharu ini juga menjimatkan minyak petrol kira-kira 5 peratus. Manifold GT-R R35 ini juga ditambah baik.

Namun, Nisaan belum memberikan maklumat sama ada penambahbaikan ini ada kesan pada kuasa enjin.

Kalau mengikut rekod semasa, Nissan GT-R R35 ini boleh memecut hingga 315km/j. Pecutan dalam keadaan parkir ke 100km/j mengambil masa 2.7 saat.

Kotak gear juga menerima penambahbaikan dan masa penukaran gear berkurangan sebanyak 0.15 saat jika berada dalam mode R.

Nissan juga melakukan talaan pada sistem suspens untuk menjadikan GT-R 35R lebih selesa dan stabil ketika pecutan.

Model GT-R 35 ini kini didatangkan dengan pilihan warna Bayside Blue seperti model Nissan Skyline R34 GT-R.

Tambahan lain ialah upholistri material kulit berwarna kelabu, rim 20 inci baharu dan perendam ekzos titanium berserta muncung berwarna biru.

Leave a Reply