Mugen bikin Honda Civic Type-R, nampak macam Audi

Apa yang anda lihat ini bukan model hot hatch Audi yang baru tetapi sebuah Honda Civic Type-R yang menerima talaan daripada Mugen.

Imej Civic ini nampak seperti Audi disebabkan oleh gril besar yang terpampang pada bampar hadapan.

Honda Civic Type R ini dipertontonkan di Tokyo Auto Salon pada awal tahun ini dan pihak Mugen memanggilnya sebagai pakej RC20GT.

Namun, ia cuma pakej pramodel dan masih belum ditawarkan kepada peminat-peminat Honda. Mugen belum mendedahkan perincian lanjut mengenai kit badan Civic Type-R ini.

Selain gril ala Audi, kit badan itu meningkatkan aliran udara pada badan Type-R dan mengurangkan kesan seretan.

Jurutera Mugen sudah mengusik enjin Civic Type-R ini. Nampaknya trenkuasa petrol yang dipasang pengecas turbo 2.0 liter mendapat dos kuasa tambahan.

Model standard boleh hasilkan kuasa 306hp dengan tork sekuat 400Nm. Malangnya, Mugen tidak memberikan data talaan baru.

Leave a Reply