Motosikal Aston Martin edisi terhad, 100 unit

Syarikat pengeluar kereta mewah, Aston Martin sudah mengadakan kerjasama dengan Brought Superior untuk menghasilkan satu model motosikal litar edisi terhad.

Aston Martin dan Brough Superior mengesahkan hanya ada 100 unit motosikal bakal dibina dan jentera itu dikenali sebagai AMB 001.

Setiap satu motosikal mewah itu ditawarkan pada harga £100,000 dan kerja-kerja pembinaannya adalah berasa tangan di kilang Brough Superior di Toulouse, Perancis.

Penghantaran pertama motosikal sport mewah itu akan bermula pada musim luruh tahun depan. Jentera ini dibina untuk menggabungkan tiga faktor iaitu keanggunan, kecantikan dan kuasa.

Motosikal AMB 001 dipasang alat pengecas turbo pada enjin jenis V-Twin dan ada kelebihan julat rev panjang dengan respons enjin luar biasa. AMB 001 boleh menghasilkan 180hp.

Jentera AMB001 yang menyaksikan penggunaan banyak material gentian karbon ini dipertontonkan pada Pameran Motor Milan baru-baru ini.

Aston Martin berkata hanya 100 unit, AMB 001 kegunaan litar akan dibina dan ia tidak boleh digunakan atas jalan raya biasa. Ia disasarkan kepada mereka yang suka mengumpul kenderaan.

Badan motosikal ini berwarna tradisi Aston Martin Racing iaitu Stirling Green dan Lime Essence dengan Matte Black pada roda, fork dan brek.

Selain karbon fiber, material titanium dan bilet aluminium digunakan dalam proses pembinaannya. Ini menyebabkan berat motosikal ini cuma 180 kilogram.

Reka bentuknya meniru kombinasi keluk garis pada badan kereta Vantage, DBX dan hypercar Valkyrie.

Sumber: Aston Martin

Leave a Reply