Mini Cooper guna enjin Honda VTEC 1.6L

Seorang lelaki berumur 22 tahun di United Kingdom mengubah suai Mini Cooper dan memilih enjin jenama Honda sebagai nadi penggerak baharu.

Enjin baharu itu adalah jenis B16 Honda VTEC 1.6 liter dan disambungkan pada alat pengecas turbo Garrett jenis GT3076R.

Pemasangan enjin besar itu menyebabkan kereta ini terpaksa ditanggalkan hud hadapannya.

Kotak gear kereta Mini generasi lama ini adalah jenis lima kelajuan quick shift. Kombinasi trenkuasa membolehkan Honda Cooper ini meledakkan kuasa 360hp.

Enjin Honda itu bukan stok standard tetapi sudah menerima beberapa modifikasi termasuk injektor 750cc dan disambungkan kepada beberapa unit radiator.

Brek cakera digunakan ialah Wilwood bersaiz besar dan spoiler gergasi di belakang. Kereta ini memakai rim sebesar 13 inci.

Ruang dalaman Mini ini mendapat solekan baharu dengan trim karbon fiber dan kaca fiber, modifikasi papan pemuka, stereng roda, kersi Recaro, pedal perlumbaan dan lain-lain.

Mini Cooper ini menggunakan sistem pacuan roda hadapan dan pemiliknya ada hajat naikkan kuasa kepada lebih 500hp dan memasang pacuan semua roda.

SUMBER: LLF (LivingLifeFast) 

Leave a Reply