Mana hilangnya Kode 0 – Lamborghini Aventador binaan Ken Okuyama

Lewat tahun lalu, ada satu unit Lamborghini jelmaan yang diberi nama Kode 0 muncul untuk lelongan di laman Classic Driver.

Kode 0 dicipta daripada model Lamborghini Aventador oleh Ken Okuyama, seorang pereka legenda yang pernah terlibat dalam beberapa projek luar biasa termasuk Ferrari Enzo dan Ferrari P4/5.

Kode 0 pernah muncul di acara Pebble Beach Concours di Monterey pada Ogos 2017.

Kode 0 mengguna set badan rekaan baharu yang tidak diguna pakai oleh mana-mana model lain di dunia. Ini membuatkannya unik.

Set badan itu mempunyai lampu hadapan jenis LED dan menggunakan rim 20 dan 21 inci dengan balutan tayar Pirelli P-Zero. Berat cuma 1,550 kilogram (kg), lebih ringan berbanding Lamborghini Aventador (1,852kg).

Enjin Kode 0 ialah 6.5 liter V12 aspirasi biasa yang menjana 690hp dan tork setinggi 690Nm. Transmisi ialah 7 kelajuan ISR yang menyalurkan kuasa kepada roda belakang.

Ia memecut dari kedudukan pegun ke 100km/j dalam 2.9 saat.

Kode 0 dengan inspirasi 70-an khususnya dari model Lancia Stratos Zero, Lamborghini Countach dan Ferrari Moduro.

Kereta ini berada di Jepun, muncul untuk dijual namun harganya tidak didedahkan. Sama ada Kode 0 berjaya dijual atau tidak, ia masih misteri.

Tiada berita mengenainya sejak Disember lalu dan iklannya sudah hilang. Kemanakah hilangnya Kobe 0?

Leave a Reply