Honda S2000 – Generasi Pertama JDM

Honda S2000 generasi pertama atau AP1 boleh dianggap sebagai model kereta yang agak sukar ditemui, namun peminatnya masih tidak berkurangan.

Jentera ini dihasilkan antara tahun 1999 hingga 2003 sebelum Honda S2000 AP2 mula dihasilkan. AP2 dicipta pada tahun 2004 hingga 2009.

Apa yang membezakan AP1 dengan AP2 ialah enjin jenis 2 liter yang boleh diperah hingga mencapai 9,000rpm.

Enjin AP2 pula jenis 2.2L dan boleh diperah cuma 8,300rpm. Tahukah anda, kuasa kedua-dua enjin ini tetap sama iaitu 240hp.

Honda tidak pernah menawarkan S2000 sebagai model coupe dan model yang ini nampaknya menggunakan bumbung keras daripada syarikat talaan popular, Spoon.

Bumbung Spoon itu membuatkan S2000 ini macam BMW Z4. Selain bumbung, jentera ini juga memakai peresap belakang keluaran Spoon.

Kereta Honda berwarna kelabu ribut ini adalah milik Tyler Donovan, seorang peminat tegar JDM.

Melihat pada badan jentera ini, ia sudah menerima sentuhan modifikasi ekstensif. Badan kereta ini dipasang kit lebar daripada pihak Industry Garage.

Bampar asal digantikan dengan Voltex. Rim digunakan ialah binaan kustom oleh Complete Custom Wheel (CCW) iaitu jenis D110. Rim ini dihasilkan daripada gabungan tiga blok aluminium 6061-T6 tempaan dan memiliki 11 batang jejari.

Tiada maklumat dikongsi mengenai kerja-kerja naik taraf enjin atau sistem suspensi serta aspek mekanikal lain. Cumanya, muncung ekzos di belakang nampaknya macam titanium.

SUMBER: CCW

Leave a Reply