Honda CX500 – Konsep Kafe Racer

Ini ialah hasil kerja syarikat kustom NTC Motorcycles. Apa mereka buat ialah mengambil satu model motosikal CX500 tahun 1978 dan meleraikan komponennya.

Tujuannya untuk menyuntik idea membina sebuah kafe racer berinspirasi jentera konsep CB1100 TR.

Jurutera syarikat membina semula frem belakang motosikal menyebabkan tiada lagi penggunaan dwi absober, kini menggunakan penyerap hentak mono jenama Ohlins.

Selepas itu, pelana motosikal jenis nipis dan tangki minyak gaya perlumbaan dipasang pada frem motosikal ini. Rim, frem dan enjin motosikal ini diwarnakan hitam.

Motosikal ini menggunakan ekzos berkembar dan ia binaan kustom, menguatkan gaya imej perlumbaan pada model klasik ini.

Enjin tidak diubah suai. Ia masih standard. Cuma sistem sejukan asal digantikan kepada versi elektronik.

Sistem brek depan ialah jenis Brembo berukuran 320mm. Tuli brek dan kaliper digunakan adalah jenama Magura.

Fork pada model ini datangnya daripada model Ducati. Tayarnya dari AVON. Lampu depan kafe racer ini adalah jenis LED.

SUMBER: NTC Motorcycles

Leave a Reply