Aspark Owl hypercar terpantas dunia, 400kmj

Aspark akhirnya menyiapkan model hypercar elektrik Owl versi produksi dan dibawa ke Pameran Motor Dubai. Inilah hypercar elektrik pertama Jepun.

Ini ialah poin pantas mengenai Aspark Owl:

  • Boleh capai kelajuan 96kmj dalam masa 1.69 saat
  • Kelajuan maksimum 400kmj
  • Owl guna empat unit motor elektrik
  • Kuasa maksimum 1,985hp (1,480 kilowatt). Tork 2,000Nm
  • Guna pek bateri litium ion 64-kilowatt sejam
  • Boleh dipandu sejauh 450km (ikut ujian NEDC)
  • Aspark tekankan Owl berwajah feminin. Badan lebih beralun
  • Owl cuma 99 sentimeter tinggi. Dipercayai hypercar paling rendah di dunia
  • Berat badan Owl cuma 120kg
  • Guna sistem peredam hidraulik tiga mode (boleh laras 80-160mm)
  • Brek cakera seramik kaliper 10 piston (depan), 4 piston (belakang)
  • Ada frem keluli tahan karat pada bumbung. Semua panel lain guna material karbon fiber diperkuat plastik

Aspark mengesahkan akan hanya bina 50 unit Owl dan setiap satu dijual dengan dengan harga €2.9 juta. Kiriman kereta akan bermula suku kedua 2020.

Leave a Reply