Tekanan tayar adalah penting bagi sesebuah kereta. Kurang tekanan atau ada tekanan secara berlebihan akan beri kesan secara langsung pada tayar dan pemanduan anda. Jika tidak diberi perhatian, ini boleh membebankan kewangan anda kemudian hari. Untuk memastikan tekanan dalam tayar berada dalam keadaan optimum, anda kena kerap buat pemeriksaan asas sebelum memandu. Ada yang bertanya,…
Month: November 2019
Motosikal Aston Martin edisi terhad, 100 unit
Syarikat pengeluar kereta mewah, Aston Martin sudah mengadakan kerjasama dengan Brought Superior untuk menghasilkan satu model motosikal litar edisi terhad. Aston Martin dan Brough Superior mengesahkan hanya ada 100 unit motosikal bakal dibina dan jentera itu dikenali sebagai AMB 001. Setiap satu motosikal mewah itu ditawarkan pada harga £100,000 dan kerja-kerja pembinaannya adalah berasa tangan…
Honda CX500 – Konsep Kafe Racer
Ini ialah hasil kerja syarikat kustom NTC Motorcycles. Apa mereka buat ialah mengambil satu model motosikal CX500 tahun 1978 dan meleraikan komponennya. Tujuannya untuk menyuntik idea membina sebuah kafe racer berinspirasi jentera konsep CB1100 TR. Jurutera syarikat membina semula frem belakang motosikal menyebabkan tiada lagi penggunaan dwi absober, kini menggunakan penyerap hentak mono jenama Ohlins….
Mini Cooper guna enjin Honda VTEC 1.6L
Seorang lelaki berumur 22 tahun di United Kingdom mengubah suai Mini Cooper dan memilih enjin jenama Honda sebagai nadi penggerak baharu. Enjin baharu itu adalah jenis B16 Honda VTEC 1.6 liter dan disambungkan pada alat pengecas turbo Garrett jenis GT3076R. Pemasangan enjin besar itu menyebabkan kereta ini terpaksa ditanggalkan hud hadapannya. Kotak gear kereta Mini generasi lama ini adalah…
Honda S2000 – Generasi Pertama JDM
Honda S2000 generasi pertama atau AP1 boleh dianggap sebagai model kereta yang agak sukar ditemui, namun peminatnya masih tidak berkurangan. Jentera ini dihasilkan antara tahun 1999 hingga 2003 sebelum Honda S2000 AP2 mula dihasilkan. AP2 dicipta pada tahun 2004 hingga 2009. Apa yang membezakan AP1 dengan AP2 ialah enjin jenis 2 liter yang boleh diperah hingga…
Vandal One guna enjin Honda Civic Type R
Syarikat Vandal Cars di Amerika Syarikat sudah mencipta sebuah kereta litar ringan yang dinamakan sebagai Vandal One. Vandal One kini menyertai liga saingan kereta litar ringan yang sudah dianggotai syarikat BAC, Ariel, KTM dan Radical. Vandal One boleh memberikan kepuasan kepada pemandu di litar kerana kereta ini dikatakan berasaskan enjin petrol 2.0 liter Honda Civic Type R…
Volkswagen T2 versi LEGO
Dua individu, Rene Hoffmeister dan Pascal Lenhard berjaya menyiapkan sebuah replika van kombi berasaskan blok LEGO. Mereka menggunakan 400,000 blok LEGO untuk membina van camper paling besar iaitu menyamai saiz sebenar sebuah Volkswagen T2. Model replika seberat 700kg kemudiannya dipertontonkan pada pameran pelancongan f.re.e di Munich sekitar Februari lalu. Model van yang menjadi rujukan kedua-dua…
Honda Civic Type R versi LEGO
Ramai juga pihak yang gemar membina produk replika kenderaan dengan saiz sebenar. Nampaknya ia sudah menjadi satu trend di serata tempat. Antara ciptaan yang menarik ialah hasil kerja sembilan jurubina profesional yang menggunakan lebih 320,000 blok LEGO untuk membentuk Honda Civic Type R. Projek ini bukannya mudah dan mengambil masa lebih 1,300 jam untuk disiapkan….
Fiat 500 Jolly – Impian pemandu santai
Firma pereka kereta kustom di Milan, Garage Italia sekali lagi mencuri tumpuan dunia dengan satu lagi projek restomod, kali ini membabitkan sebuah model Fiat 500 Jolly. Restomod dalam bahasa mudah ialah restorasi kereta lama pada masa sama memasang teknologi terkini, komponen dan enjin moden. Pasukan Garage Itali membina semula model Fiat 500 Jolly dan menyertakannya…