10 Ciri Pemandu Samseng Jalan Raya

ADA saja kes orang tunjuk samseng atau ajak gaduh di jalan raya. Situasi ini sebenarnya berlaku di banyak negara, bukan hanya di Malaysia. Salah satu punca ialah jalan raya dan lebuh raya kerana inilah pencetus stress kurang sihat.

Stress di jalan raya atau lebuh raya memang sukar untuk elak. Ia berlaku setiap hari pada waktu puncak atau musim cuti perayaan.

Di bandar besar, ramai pemandu habiskan masa purata tiga jam sehari mengharungi kesesakan trafik untuk pergi dan balik kerja.

Rutin ini berlaku lima hari seminggu, 52 minggu setahun dan satu perkembangan kurang sihat untuk mental manusia. Lama kelamaan, orang akan hilang sabar atau gagal kawal emosi.

Yang bergaduh pasti berasa menyesal apabila aksi mereka viral di media sosial, kena panggil polis atau didakwa di mahkamah.

Apa itu Baran Jalanan (Road Rage)?

Baran jalanan ialah satu tingkah laku samseng jalan raya atau buli jalanan. Ia berlaku dalam beberapa bentuk dan dapat dilihat hampir setiap hari seperti:

  • Sengaja cucuk rapat (mengekori kenderaan lain terlalu rapat)
  • Kejap kiri kejap kanan (memandu zig-zag)
  • Sengaja menghalang kenderaan lain tukar laluan
  • Sengaja memotong kenderaan lain secara agresif
  • Memandu laju dalam suasana tidak sepatutnya
  • Maki hamun atau mencarut
  • Menekan hon secara berterusan (tanpa henti)
  • Menunjukkan wajah atau reaksi pemarah
  • Keluar dari kenderaan untuk gaduh (suasana konfrontasi)
  • Sengaja langgar atau rempuh kenderaan lain

Tahukah anda: Pemanduan agresif menyumbang kepada 56 peratus kemalangan maut di jalan raya dalam tempoh 5 tahun di Amerika Syarikat.

Punca Orang Jadi Samseng Jalan Raya

Ada beberapa keadaan menyebabkan berlakunya kejadian samseng, buli jalanan atau karakter baran jalanan. Antaranya:

  • Situasi Trafik – Ini termasuk trafik tinggi, jalan raya sesak, menunggu di lampu isyarat, mencari tempat parkir atau menunggu seseorang.
  • Lambat – Lewat untuk hadir ke pejabat, mesyuarat atau temu janji boleh mendorong seseorang jadi kurang sabar.
  • Tak Kenal – Sebenarnya, ramai pemandu lebih berani memandu dalam keadaan bahaya sebab dia tak kenal pemandu lain di jalan raya.
  • Diri Rasa Besar – Ada juga pemandu ego beranggapan undang-undang sedia ada bukan untuk diri mereka tetapi orang lain.
  • Tingkah Laku Normal – Ada yang merasakan pemanduan agresif sebagai perkara biasa kerana sudah terbiasa dengan suasana itu sejak kecil.

BACA – > Ini Kelebihan dan Kekurangan Guna Sport Rim Aloi
BACA – > Cara Tukar Saiz Tayar dan Rim
BACA – > Ini Cara Tepat Selaras Cermin Sisi Kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *